Privasi Polisi

Share

GAMBARAN KESELURUHAN

Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Bridgestone”) komited di dalam melindungi Data Peribadi yang telah didedahkan kepada kami mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Polisi ini bertujuan untuk menerangkan maklumat yang kami perolehi daripada anda dan bagaimana maklumat tersebut mungkin didedahkan dan digunakan.
Bagi tujuan polisi ini, “Data Peribadi” bermaksud segala maklumat yang berkaitan dengan individu secara langsung atau tidak langsung, individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau daripada maklumat tersebut dan maklumat lain yang dimiliki oleh Bridgestone. Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat Polisi ini. Jika anda tidak bersetuju, sila berhenti daripada mengakses atau melayari laman web ini.

JENIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

Kami hanya mengumpul Data Peribadi yang dianggap penting untuk menawarkan  perkhidmatan dan ciri-ciri yang anda perlukan, dalam keadaan yang khusus dan selamat. Jenis-jenis Data Peribadi yang dikumpul adalah nama, alamat, umur, nombor telefon, alamat e-mel, dan sebarang maklumat lain yang melibatkan anda secara peribadi, atau maklumat khusus lain yang telah dipersetujui oleh anda.

Jika anda memberikan sebarang Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga kepada kami (cth: maklumat mengenai pasangan, anak, ibu bapa, dan/atau pekerja), dengan memberikan maklumat seperti berikut, anda telah memberikan jaminan kepada kami bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada pihak ketiga untuk memberikan Data Peribadi mereka bagi tujuan tertentu.

KOLEKSI DATA PERIBADI ANDA

Bridgestone mengumpul Data Peribadi yang dihantar dalam had tertentu. Kami akan menyatakan ruang yang wajib diisi dan ruangan pilihan, mengikut kesesuaian.

Jika anda memilih untuk tidak berkongsi Data Peribadi anda dengan Bridgestone, anda tidak perlu meneruskannya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak meneruskan perkongsian Data Peribadi anda, dalam sesetengah kes, kami tidak dapat, termasuk tetapi tidak terhad kepada, menyediakan sebarang produk, kemudahan perkhidmatan atau menjawab sebarang pertanyaan yang memerlukan anda berkongsi Data Peribadi dengan anda.

Bridgestone secara automatiknya akan menerima alamat IP, maklumat Cookies atau sebarang maklumat laman web yang anda layari, dan merekod maklumat ini ke dalam pelayan kami. Maklumat yang diperolehi ini mungkin akan digunakan untuk mengubah suai kandungan laman web, yang memudahkan kami untuk mengkaji dan memperbaiki kandungan laman web kami.

KEGUNAAN MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

Tujuan Data Peribadi anda yang telah dikumpul, digunakan atau didedahkan oleh Bridgestone adalah bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan dan produk kepada anda; untuk memudahkan perkhidmatan dan menguruskan permintaan anda; untuk memudahkan dan menguruskan sebarang tuntutan jaminan tayar yang mungkin anda perlukan; menangani pertanyaan, persoalan dan maklum balas anda; memperbaiki perkhidmatan dan produk kami; menangani masalah teknikal; mengesan dan melindungi kami daripada sebarang kesilapan, penipuan dan aktiviti jenayah lain; menganalisa penggunaan laman web dan memperbaiki kandungan, tawaran produk, aktiviti pemasaran dan promosi kami; dan juga seperti yang dibenarkan oleh undang-undang, menghantar tawaran promosi dan pemasaran kami mengenai  produk dan perkhidmatan atau periklanan berdasarkan persetujuan anda; yang mana semuanya adalah bertujuan untuk mengubah suai dan meningkatkan pengalaman anda secara menyeluruh atau bagi tujuan khusus dengan persetujuan anda dari semasa ke semasa.

Bridgestone hanya akan menggunakan Data Peribadi untuk tujuan khusus yang telah dinyatakan seperti di atas dan atas persetujuan anda untuk menggunakan Data Peribadi atas tujuan sebelumnya. Kami akan memaklumkan kepada anda dan meminta persetujuan terlebih dahulu sekiranya  berlaku sesuatu yang memerlukan kami untuk menggunakan Data Peribadi anda selain daripada tujuan asal. Sekiranya anda tidak bersetuju, anda boleh menyangkal penggunaan Data Peribadi anda.

PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA KEPADA PIHAK KETIGA

Bridgestone tidak akan mendedahkan, menukar atau meminjamkan Data Peribadi yang telah anda kongsikan pada laman web kami kepada mana-mana pihak ketiga. Semua Data Peribadi yang telah diperolehi daripada anda hanya akan disimpan untuk jangka masa terhad mengikut kesesuaian tujuan data dikumpul dan selama mana yang boleh asalkan dibenarkan oleh undang-undang berkenaan. Sebagai dasar polisi, kami tidak akan mendedahkan atau menjual Data Peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran mereka. Walau bagaimanapun, berikut adalah di antara cara maklumat anda boleh didedahkan mengikut kebiasaan dalam perniagaan kepada pihak ketiga di dalam menyediakan perkhidmatan kami. Antaranya:-

  • Apabila kami memperolehi kebenaran/persetujuan anda;
  • Apabila maklumat tersebut diproses menjadi maklumat yang tidak dapat dikenal pasti sebagai data statistik;
  • Apabila pendedahan tersebut diperlukan untuk Penyedia Perkhidmatan Dalaman kami (seperti yang dinyatakan di bawah);
  • Apabila pendedahan tersebut diperlukan oleh Entiti Korporat Lain (seperti yang dinyatakan di bawah);
  • Sekiranya berlaku sebarang keadaan yang memerlukan untuk melindungi nyawa, badan atau harta seseorang; atau
  • Sekiranya diarahkan oleh undang-undang.

Penyedia Perkhidmatan Dalaman bagi Operasi Kami: Kami mungkin menggunakan pihak ketiga bagi memudahkan atau menggunakan perkhidmatan luar untuk lebih daripada satu aspek perniagaan, produk dan operasi perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda (“Penyedia Perkhidmatan Dalaman”) dan oleh yang sedemikian, kami  mungkin berkongsi sebahagian daripada  Data Peribadi anda dengan mereka. Kami akan mengambil langkah sewajarnya demi memastikan Penyedia Perkhidmatan Dalaman ini tertakluk kepada perlindungan data dan maklumat sulit dan sekatan undang-undang lain yang menghalang penggunaan maklumat yang kami sediakan untuk mereka bagi sebarang tujuan lain kecuali untuk memudahkan operasi perkhidmatan luar yang khusus.

Entiti Korporat Lain: Kami berkongsi banyak data, termasuk Data Peribadi anda dengan syarikat-syarikat berkumpulan, subsidiari dan rakan usaha sama (“Entiti Korporat Lain”) kami yang komited untuk menjawab sebarang pertanyaan dan perkhidmatan yang berkaitan di seluruh dunia. Sekiranya entiti ini memiliki akses Data Peribadi anda, kami akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan Data Peribadi anda dilindungi sebaiknya seperti mana kami melindunginya.

 “Cookies”

Cookies adalah maklumat bersaiz kecil yang diberikan kepada komputer anda semasa anda melayari laman web ini untuk menyimpan dan mengesan maklumat tentang tujuan anda melayari laman web ini. Maklumat ini akan digunakan semasa kami menjalankan kajian dalaman tentang demografi, minat dan tingkah laku pengguna kami untuk lebih memahami, melindungi dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Sistem laman web ini menggunakan Cookies untuk mengenal pasti pelayar anda dan menyediakan fungsi seperti akses untuk menyimpan maklumat anda sehingga kunjungan berikutnya.

Anda boleh menetapkan palayar anda untuk tidak menerima Cookies baharu, mengatur paparan amaran pada skrin anda semasa Cookies diterima atau membatalkan fungsi Cookies (sila rujuk Help di Toolbar pelayar anda). Namun, jika anda berbuat demikian, anda tidak boleh menggunakan sesetengah fungsi pada laman web ini. Untuk menggunakan laman web ini sepenuhnya, kami mengesyorkan anda untuk membolehkan Cookies.

KERAHSIAAN DAN KESELAMATAN DATA

Kami menggunakan prosedur sewajarnya dan perlindungan teknikal untuk melindungi Data Peribadi anda daripada hilang atau dicuri serta akses dan pendedahan yang tidak dibenarkan demi menjaga privasi anda, termasuk enkripsi dan perlindungan “firewall. Kami menjaga Data Peribadi sebagai aset yang perlu dilindungi dan akan mengambil langkah sewajarnya demi melindungi Data Peribadi anda daripada disalahgunakan oleh pihak dalaman dan luaran Bridgestone.

PAUTAN KE LAMAN WEB LAIN

Laman web atau e-mel kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain, yang mana perlindungan data dan polisi peribadi mereka mungkin berbeza daripada kami. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang polisi peribadi dan kandungan  syarikat lain dan kami mengesyorkan anda untuk meneliti polisi peribadi mereka sebelum melayari laman web ini.

PERTANYAAN ATAU PINDAAN DATA PERIBADI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin melakukan sebarang pembetulan atau meminta untuk memadam Data Peribadi anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data Bridgestone.

SEMAKAN POLISI PRIVASI

Bridgestone mempunyai hak untuk mengemaskini Polisi ini dari semasa ke semasa apabila kami mengembangkan perkhidmatan ini. Sekiranya berkaitan, notis semakan polisi akan dikeluarkan di laman web kami . Penggunaan laman web ini selepas notis pemberitahuan semakan dikeluarkan akan dianggap sebagai penerimaan Polisi yang telah dikemaskini.

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, maklum balas, aduan, ingin melakukan pembetulan atau menghapuskan Data Peribadi anda, sila e-mel atau, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami menerusi talian utama kami di +603 5621 0270.